16 August 2010

ubat itu pahit namun power!



ubat itu dadah. dadah yang menyembuhkan manusia jika kena pada tempatnya. rasa ubat pahit. tak sedap. ramai orang tak suka ubat tapi kena makan juga kalau taknak sakit. ada yang sentiasa ambil ubat. ada yang kadang2 ambil ubat. ada juga yang takkan ambil ubat waima sakit teruk sekalipun. apa ada pada ubat? diambil ketika diperlukan. jika tidak? hanya terceruk di dalam botol menunggu saat2 dirinya diperlukan. duduk diam dalam botol dan bertindak setelah ditelan dan berada didalam sistem manusia. tindakan yang sungguh power. yang takkan ada sesiapa pun mampu lakukan seperti ubat. itupun kalau perlu. siapa yang nak pandang ubat kalau tak ada keperluan? tak ada siapa rasanya. tak ingin langsung pun! ubat itu hanya akan dipandang oleh pengambilnya yang tidak dapat tidak perlu mengambilnya. itupun ikut jenis ubat. kalau yang perlu diambil setiap hari, bertuahlah ia. kalau yang hanya diambil pada waktu tertentu sahaja? itu kalau ubat. yang tiada hati dan perasaan. yang tiada minda dan fikiran. tidak kisah apa disekelilingnya. tiada rasa pun. yang tidak dapat menentukan ubat apa yang dia akan jadi. bayangkan kalau ubat itu manusia. apa jadi kepada manusia itu agaknya. sadis kan? syukur sangat manusia mempunyai hati, fikiran, peluang dan kesempatan untuk memilih apa yang akan jadi kepada dirinya. sama ada menjadi ubat yang selalu diperlukan atau hanya ketika diperlukan sahaja tetapi kesannya.. POWER! fikir-fikirkanlah.


psst..psst: kenapa cerita pasal ubat ni? kerana aku sedang ambil ubat. =)

No comments:

Post a Comment