29 August 2010

hanya kerana mimpi?



mimpi itu indah dan mengasyikkan. ada juga mimpi yang seram dan misteri. apa ada pada mimpi? sampai dapat mempengaruhi satu hari hidup seseorang. semalam, seseorang telah bermimpi bahawa kau telah menghantarkan emel yang cukup indah kepada seseorang itu. emel yang mengatakan kau kesal kerana melepaskan seseorang. itupun kerana terpengaruh dengan rakan-rakan. betapa kau menyuarakan hasrat untuk kembali, namun tidak terluah juga. bertanya khabar dan tidak ketinggalan juga paras rupa. itulah sedikit sebanyak mimpi indah yang menjadi mainan tidur seseorang. hanya kerana mimpi tapi cukup untuk mengacau bilaukan hati dan pemikiran seseorang. yang menjadi persoalannya, bagaimana seseorang itu boleh bermimpi sedemikian? sedang tiada satu pun yang boleh mengaitkan sesuatu dengan kau kini. dan lagi, benarkah ini hanya mainan tidur yang lahir daripada mainan fikiran yang tersembunyi di dasar pemikiran? entahlah, payah juga untuk seseorang menjawabnya. namun, jauh di sudut hati seseorang berkata "indahnya andai mimpi jadi kenyataan". tulus dari hati seseorang yang masih menginginkan persahabatan seperti dulu...


psst..psst: hanya kerana mimpi, seseorang boleh fikir jauh sekali. besar ye kuasa mimpi?

No comments:

Post a Comment