29 August 2010

hanya kerana mimpi?



mimpi itu indah dan mengasyikkan. ada juga mimpi yang seram dan misteri. apa ada pada mimpi? sampai dapat mempengaruhi satu hari hidup seseorang. semalam, seseorang telah bermimpi bahawa kau telah menghantarkan emel yang cukup indah kepada seseorang itu. emel yang mengatakan kau kesal kerana melepaskan seseorang. itupun kerana terpengaruh dengan rakan-rakan. betapa kau menyuarakan hasrat untuk kembali, namun tidak terluah juga. bertanya khabar dan tidak ketinggalan juga paras rupa. itulah sedikit sebanyak mimpi indah yang menjadi mainan tidur seseorang. hanya kerana mimpi tapi cukup untuk mengacau bilaukan hati dan pemikiran seseorang. yang menjadi persoalannya, bagaimana seseorang itu boleh bermimpi sedemikian? sedang tiada satu pun yang boleh mengaitkan sesuatu dengan kau kini. dan lagi, benarkah ini hanya mainan tidur yang lahir daripada mainan fikiran yang tersembunyi di dasar pemikiran? entahlah, payah juga untuk seseorang menjawabnya. namun, jauh di sudut hati seseorang berkata "indahnya andai mimpi jadi kenyataan". tulus dari hati seseorang yang masih menginginkan persahabatan seperti dulu...


psst..psst: hanya kerana mimpi, seseorang boleh fikir jauh sekali. besar ye kuasa mimpi?

26 August 2010

walang vs malang


hari ini aku patut gembira.
gembira kerana pulang di samping keluarga.
namun dalam kegembiraan
ada tikanya waktu menangis.
sedih memikirkan bila wang kecemasan
digunakan untuk kecemasan yang terakhir sekali aku pikirkan akan terjadi
tak kusangka
alangkah baiknya kalau not-not itu tidak wujud sama sekali
alangkah baiknya kalau aku gunakan trlebih dhulu utk kperluanku
alangkah baiknya kalau perkara itu tidak terjadi
alangkah baiknya kalau orang itu tidak berkira denganku

dan berbagai lagi 'alangkah baiknya kalau'
mungkin sudah begitu nasibku
tiada rezeki di pihakku
namun rasa ralat itu masih ada.
akan terus kekal tertebak di hatii
entah bila akan lupa.
dalam kala itu,
satu lagi cerita yang paling banyak menyumbangkan sedihku hari ini
aku kehilangannya
kehilangan apa yang telah menjadi rinduku
kehilangan sesuatu yang ingin sekali aku jumpa ketika sampai
kehilangan ia yang kadangkala menjadi tempat aku bermanja
entah apalah nasibnya
tidak aku ketahui.
andai hidup, moga sihat sejahtera
andai mati?
bertambah walanglah hatiku..
cukup hanya ayahku saja yang bersedih
aku tak mahu menambahkan lagi kesedihannya
pasti ayah terasa kehilangannya
terasa sekali
pasti ayah terasa ketiadaannya
terasa amat
pasti ayah terasa kekosongannya
terasa sangat

namun apa boleh buat
bak kata kawan aku,
demi kesejahteraan bersama
aku cuba untuk redha..
insya-Allah


psst...psst: hitam.. ko tetap menjadi kenanganku, oh not seratus.. ralat sungguh aku, =(


16 August 2010

ubat itu pahit namun power!



ubat itu dadah. dadah yang menyembuhkan manusia jika kena pada tempatnya. rasa ubat pahit. tak sedap. ramai orang tak suka ubat tapi kena makan juga kalau taknak sakit. ada yang sentiasa ambil ubat. ada yang kadang2 ambil ubat. ada juga yang takkan ambil ubat waima sakit teruk sekalipun. apa ada pada ubat? diambil ketika diperlukan. jika tidak? hanya terceruk di dalam botol menunggu saat2 dirinya diperlukan. duduk diam dalam botol dan bertindak setelah ditelan dan berada didalam sistem manusia. tindakan yang sungguh power. yang takkan ada sesiapa pun mampu lakukan seperti ubat. itupun kalau perlu. siapa yang nak pandang ubat kalau tak ada keperluan? tak ada siapa rasanya. tak ingin langsung pun! ubat itu hanya akan dipandang oleh pengambilnya yang tidak dapat tidak perlu mengambilnya. itupun ikut jenis ubat. kalau yang perlu diambil setiap hari, bertuahlah ia. kalau yang hanya diambil pada waktu tertentu sahaja? itu kalau ubat. yang tiada hati dan perasaan. yang tiada minda dan fikiran. tidak kisah apa disekelilingnya. tiada rasa pun. yang tidak dapat menentukan ubat apa yang dia akan jadi. bayangkan kalau ubat itu manusia. apa jadi kepada manusia itu agaknya. sadis kan? syukur sangat manusia mempunyai hati, fikiran, peluang dan kesempatan untuk memilih apa yang akan jadi kepada dirinya. sama ada menjadi ubat yang selalu diperlukan atau hanya ketika diperlukan sahaja tetapi kesannya.. POWER! fikir-fikirkanlah.


psst..psst: kenapa cerita pasal ubat ni? kerana aku sedang ambil ubat. =)

14 August 2010

kecelaruan kendiri



oh no!
sekejap aku jahat sekejap aku baik
sekejap aku kaku sekejap aku gedik
sekejap aku menakutkan sekejap aku menarik

oh tidak!
yang mana satu sku?
yang itukah?
yang inikah?

bila aku keliru, aku celaru
bila aku tak suka, aku membeku
bila aku ketawa, macam hilang skru
bila aku persenda, macam hantu

kendiri, kendiri, kendiri
apakah ini?
yang mana satu?
atau memang ini aku?

mungkin juga saja aku bangkitkan
padahal manusia lain juga sama
mungkin juga aku saja begini
padahal manusia lain semua sama

aaaaaaarrrrrrrrrrrggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh!!! kesimpulannya???


psst..psst: aku adalah aku, tuan kepada hati dan minda dalam diri ini! noktah.

10 August 2010

slamat bpose





alahai comelnya gambar. saya, dengan ini mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan yg mulia ini dengan perkara-perkara yang diredhai Allah~ mubarak!


psst..psst: tingkatkan amalan, tinggalkan larangan! ;)

hati aku tak baik mana



hati ini
walau aku asuh mcmne sekalipun
masih blum lagi ikhlas sepenuhnya
entah kenapa
diri aku tidak mahu menjadi aku
tetapi hati
menginginkan yang sebaliknya
apa perlu aku buat?

ramai orang kata "JUST BE YOURSELF"
ye, itu yg aku ingin buat
namun aku ingin berubah
berubah dari kaca kepada intan
sukar tapi tak mustahil
merubah diri bukan perkara yg senang
bagaimana mahu berubah klu hati tak ikhlas
segala apa yg aku lakukan nampak pincang
waima benda baik sekalipun
tetap hodoh andai hati terpaksa melakukan
seperti berlakon sahaja gamaknya
hingga timbul persoalan
mungkin juga aku memang begini
JAHAT!

apa perlu aku buat?
kata saja apa yg aku mahu?
pegang pada apa yg aku kata?
lakukan perkara yg btentangan dgn hati?
ARGHH!
ikut saja jalan kehidupan ini...
itu mampuku


psst..psst: aku rasa aku akan jadi pelakon yg baik, kerana aku lebih pentingkan kewajaran brbanding perasaan sendiri. tapi mampukh aku?andai belakang hari nanti aku mgungkit

05 August 2010

senang buat aku



senang bila mereka gembira
senang bila mereka ketawa
senang bila mereka bahagia
senang bila mereka bermesra
buat aku senyum sendiri

senang untuk berharap
senang untuk berkata
senang untuk berfikir
senang untuk berasa
buat aku membara

senang berdusta
senang mengata
senang menuduh
senang riak
buat aku berdosa

senang menaip-naip ni
senang melampias di sini
senang kerana hanya aku tahu
senang jika aku mahu
hanya buat aku..


psst..psst: semua benda senang kalau optimis ;)