02 July 2010

tikar pilihan



pernah aku terbaca
ramai orang sukar untuk membuat pilihan
kerana takut dgn pilihan yg dipilih
lantas, untuk apa memilih?

kalau kau ragu-ragu
kalau kau agak-agak
tak usahlah kau memilih

pilih kerana kau yakin
pilih kerana kau tegar
agar tiada kesal dlm hidupmu

namun masih sukar
masih sulit
masih susah

kerana plihan dibentang luas
terserah utk kita mahu amik port yg mana
untuk kita duduk

dan dlm tikar pilihan itu
mcm2 warna, tekstur dan corak
sekali lagi, terserah

ada pemilih yg nmpk makin cantik duduk di situ
ada pemilih yg nmpk puas duduk di atasnya
ada pemilih yg nmpk xselesa duduk di sana

jadi, untuk apa takut
kerana mahu atau tidak
kita mesti duduk juga
jika tidak mahu terus2an pnat..


psst..psst: kadang2 aku kabur dengan tikar yg dibentang dihadapanku. entahlah

No comments:

Post a Comment