28 September 2010

terserlah sudah



buruk! hodoh! jijik!
dan segala apa yang boleh dikatakan
bila perangai tak seperti yang diharapkan
sakitnya hati..
Tuhan saja yang tahu
lebih sadis kerana ianya seperti membaling najis ke muka sendiri

keluarlah segala bagai perkataan
bila api menguasai perasaan
menenggelamkan minda sejenak
terus ke dasar kegilaan
menghilangkan kewarasan yang telah lama disemai

ceteknya pemikiran ketika itu
diri mencerca dan menuduh sewenangnya
hanya kerana diselubungi amarah
yang pasti akan reda bila tiba waktunya
akhirnya, siapa yang rugi?

nyah ko!
berambuss!
pergi ko setan!
kerana aku sudah cukup jahat tanpa ko ada!


psst..psst: terima kasih!

No comments:

Post a Comment